suria

Misteri kematian bekas DJ popular... Tinggalkan nota beritahu bilik sewanya berhantu

Pihak berkuasa mengangkat mayat Yam. -Gambar Sanook

BAU busuk yang menghantui deretan sebuah kawasan perumahan akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang penghuni sebuah bilik sewa.

Mayat tersebut merupakan seorang bekas juruhebah popular yang dikenali sebagai Yam, 77.

Kematiannya langsung tidak disedari jiran tetangga sehinggalah mereka terhidu bau busuk.

Yayasan Penyelamat Sawang Phon Kuson Rayong, pihak berkuasa tempatan dan pegawai polis dari Balai Polis Muang Rayong bergegas ke bilik sewa berkenaan selepas mendapat laporan.

Selain mayat Yam, mereka turut menemui nota dalam diarinya bertulis: "Setiap malam ada hantu dalam bilik ini".

Malah di dinding pula, Yam menulis mesej menggesa orang ramai agar tidak mencipta karma buruk untuk diri sendiri dan mengambil berat antara satu sama lain

Apa yang menjadi misteri, pihak berkuasa berkata, terdapat dua kematian berlaku di bilik sewa yang sama sebelum dihuni Yam.

Penghuni pertama mati kerana menggantung diri, manakala penghuni kedua meninggal dunia tanpa sebab tidak diketahui.

Yam, penghuni ketiga, dikatakan mengalami gangguan paranormal sehingga detik kematiannya.

Mayat juruhebah itu dihantar ke Hospital Rayong untuk dibedah siasat bagi mengenai punca sebenar kematiannya. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain