MEDIA sosial digemparkan mengenai seorang wanita yang tinggal serumah bersama dua suaminya. Poliandri atau bersuami lebih seorang pada satu masa, yang diamalkan oleh Siti dan dua suaminya membangkitkan kemarahan penduduk kampung sehingga menghalau mereka. Kejadian yang berlaku di Indonesia itu menjadi bualan dalam kalangan netizen. Video kisah Siti berpoliandri dimuat naik di laman sosial sehingga menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan seorang, tapi wanita ini ada 7 suami serentak! Dakwa kahwin ramai untuk dapat 'kekuatan' Memetik laporan Tribun Pekanbaru, Siti tinggal bersama Somad dan Abdul dalam satu rumah dan menyara hidup bersama. Mereka mempunyai sebuah gerai kecil dan kedai gas. Difahamkan, rumah mereka hanya mempunyai dua bilik tidur dan Siti akan tidur di bilik suami-suaminya mengikut giliran. Jika mahu melakukan hubungan intim bersama suami, Siti perlu menunggu seorang lagi suaminya tidur dahulu. Walaupun pernah dihalau, Siti dan kedua-dua suaminya bertegas untuk tinggal bersama. Sebagai peringatan, Islam melarang amalan poliandri. - Serambi News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube