BERMODALKAN kisah Nabi Luth, seorang guru mengaji tergamak melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul serta melakukan penderaan seksual ke atas 17 orang pelajarnya sendiri. Kejadian yang berlaku di Garut, Jawa itu melibatkan individu berusia 50 tahun yang dikenali sebagai Aep Saepudin. Menurut peguam bela kepada Saepudin, Sony Sanjaya, suspek pada awalnya mengaku tidak bersalah namun selepas beberapa kali disoal pihak polis, dia kemudiannya mengaku melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap pelajarnya sejak 2021. Dari pengakuan dibuat Saepudin, dia menceritakan kisah Nabi Luth kepada kesemua mangsanya sebelum bertindak mencabul serta meliwat mereka. Suspek juga dikatakan melakukan aksi tersebut sambil diperhatikan oleh mangsa-mangsa yang lain. Dalam pada itu, Sony menafikan dakwaan yang mengatakan suspek merupakan guru palsu kerana beliau merupakan seorang yang benar-benar mempunyai ilmu agama. Ketika ini, siasatan ke atas suspek masih lagi berjalan dan fail siasatan terhadap kes ini masih lagi ditunggu sementara perbicaraan bakal dijalankan kelak. - Tribune Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube