TRAGIS! Mayat seorang pelajar Universiti Sumatera Utara (USU) ditemukan dalam keadaan sudah membusuk dengan muka dan kepala yang mempunyai kesan terbakar, di rumahnya di Daerah Medan Amplas, Indonesia pada 3 Mei lalu. Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mahira Dinabila sudah meninggal dunia kira-kira satu minggu. Dia pada awalnya disangka membunuh diri kerana ditemukan bersama sepucuk surat selepas tinggal sendirian di rumah ibu angkatnya yang baru sahaja meninggal dunia. Pun begitu, ayah kandungnya, Oky Andriansyah tidak berpuas hati selain turut berasa aneh dengan keadaan rumah yang didiami mangsa berikutan ia dikunci dari luar. ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Kerap dimaki, suami tergamak kerat isteri... Rebus tangan, bakar kaki "Dikatakan Mahira tinggal sendirian, tetapi pintu dikunci serta dimangga dari luar. Hanya Pak Kepling (ayah angkat mangsa) dan isteri barunya saja yang tahu cara membuka pintu tersebut. "Selain itu, kenapa bahagian kepala sudah kelihatan tengkorak sedangkan badannya masih elok... wajah juga kesan luka terbakar. Malah kawasan sekitar juga kelihatan kuning seperti dibakar," luahnya. Paling menghairankan apabila ayah angkat mangsa menolak bedah siasat dilakukan sekali gus menguatkan rasa curiga pada Oky Andriansyah. Dia turut mendakwa terdapat saksi yang melihat ayah angkat kepada anaknya di kawasan sekitar perumahan terbabit sebelum mangsa meninggal dunia. Dalam pada itu, pihak polis masih menyiasat dan menantikan laporan bedah siasat. - Kumparan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube