GARA-GARA hilang harapan dengan cinta, wanita ini berpendapat adalah lebih baik untuk dia mengahwini dirinya sendiri. Begitulah kisahnya untuk Robbie Fincham, 57, berasal dari Melbourne, Australia yang juga merupakan seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata. Dalam majlis perkahwinan yang cukup janggal itu, Robbie melafazkan ikrar di hadapan cermin untuk menyayangi dirinya sehingga ke akhir hayat. "Saya melafazkan ikrar saya depan cermin, dan berjanji untuk sentiasa menyayangi diri sendiri, ia agak mendalam sebenarnya. Saya berasa sangat gembira. "Disebabkan saya sebenarnya tidak pernah berkahwin secara sah dan rasmi, saya bersyukur dapat merasai pengalaman sebagai seorang pengantin untuk mengikat tali perkahwinan," katanya. Robbie yang merupakan Ibu kepada Roland, 24, dan anak kembar, Erica dan Alice, 21, itu pernah mempunyai teman lelaki selama 20 tahun tetapi berpisah pada tahun 2015. Tragedi dalam hubungan romantisnya itu menyebabkan dia sukar untuk menerima sesiapa lagi ke dalam hidupnya. Majlis perkawhinan Robbie meriah dihadiri rakan-rakan dan lengkap mempunyai kek, pengiring pengantin serta cincin perkahwinan. Majlis itu turut disiarkan melalui platform Zoom bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir kerana berada di luar negara. Rakan lelaki Robbie dari Sweden dan seorang lagi rakan wanitanya dari Singapura menzahirkan ucapan tahniah di atas majlid perkahwinan yang berjaya disempurnakan itu. Di Australia, perkahwinan sendiri tidak diiktiraf secara rasmi oleh undang-undang, jadi majlis Robbie adalah simbolik semata-mata dan tidak diikat secara sah. - Mirror.uk Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube