suria

Mahu privasi seperti kelas perniagaan, penumpang wanita balut tiga tempat duduk dengan plastik

Gelagat aneh penumpang wanita tersebut dirakam oleh penumpang lain. -Gambar Dexerto

PELBAGAI ragam penumpang pesawat yang sering dikongsikan di media sosial.

Terbaharu, gelagat seorang penumpang wanita pula menjadi perhatian.

Semuanya gara-gara tindakan penumpang tersebut yang membalut tiga tempat duduk dengan pembalut plastik kerana mahukan privasi sebagaimana tempat duduk di kelas perniagaan.

Malah menerusi video yang dirakam oleh seorang penumpang lain, wanita itu langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan ralit memasang pembalut plastik pada kerusinya.

Akhirnya, seorang kru kabin menyedari tindakan wanita itu dan menyuruhnya menanggalkan semula pembalut plastik pada kerusinya.

Dia kelihatan tertekan apabila dimaklumkan bahawa tindakannya tidak dibenarkan, malah berulang kali bertanya mengenai peraturan di dalam pesawat.

"Saya boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu"," ujarnya.

Tidak lama kemudian, seorang kru kabin lelaki menanggalkan pembalut plastik pada kerusi penumpang berkenaan walaupun berlaku sedikit 'drama' dengan wanita itu.

Tidak diketahui apa yang berlaku kepada wanita itu selepas pembalut plastik ditanggalkan, tetapi jelas bahawa penumpang lain agak keliru dengan tindakannya. -Dexerto

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain