suria

Trauma 5 kali dirogol warga emas... Budak perempuan 9 tahun mahu tukar alat sulit lain, nak jadi lelaki

Seorang kanak-kanak perempuan 9 tahun dirogol warga emas sebanyak lima kali. -Gambar hiasan

AKIBAT trauma, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun mahu menukar alat sulit.

Keinginan untuk menukar jantina itu selepas dirinya menjadi mangsa rogol.

Kanak-kanak itu mengalami trauma setelah diperkosa oleh seorang warga emas sebanyak lima kali.

"Dia kata, 'Nak bedah, nak kemaluan lelaki, nak tukar nama'. Boleh kata ia menjejaskan psikologinya," kata ibu mangsa di Pinang Ranti, Makassar di Jakarta Timur, Indonesia, pada Rabu.

Mangsa juga mengubah penampilannya menyerupai lelaki, termasuk gaya potongan rambut.

Walaupun trauma, setakat ini mangsa masih bersekolah seperti biasa dan pendidikannya tidak terganggu.

Kisah mangsa dirogol hanya didedahkan pada 6 Mac lalu, selepas diceritakan kepada seorang rakannya berusia 12 tahun ketika sedang bermain.

Pendedahan itu kemudian disampaikan kepada keluarga rakannya itu sebelum dimaklumkan kepada ibu mangsa.

Mangsa selama ini tidak tinggal bersama ibu di Pinang Ranti, sebaliknya menetap dengan neneknya kerana sekolah berdekatan.

Dalam satu pertemuan, pelaku mengaku telah merogol anaknya sebanyak lima kali.

Percubaan pelaku untuk memperkosa mangsa buat kali keenam gagal apabila kehadirannya bersama mangsa di sebuah gudang, disedari individu lain.

Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis, mangsa dan pelaku termasuk beberapa saksi dipanggil untuk membantu siasatan.

Sebagai peringatan, hukumnya haram bagi seseorang individu menukar jantina, termasuk dengan cara pembedahan. - Tribun News Bogor

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain