suria

Penganggur 19 tahun kaut untung atas angin, jual bekas isteri dalam MiChat

Suspek jual bekas isteri kepada lelaki lain.

AKIBAT tidak mempunyai pekerjaan tetap, seorang lelaki berusia 19 tahun sanggup menjual bekas isterinya dengan harga kira-kira RM77 (RP250,000).

Suspek Muhammad Iqbal Habib ditangkap di Wisma Cemara, Riau Indonesia pada 16 Jun.

Menurut pihak berkuasa, suspek ditahan ketika menjual isterinya yang berusia 18 tahun kepada seorang lelaki.

Ia susulan laporan polis berhubung aktiviti pemerdagangan orang di Wisma Cemara.

Suspek ditahan selepas melakukan transaksi menjual bekas isteri.

Suspek ditahan selepas melakukan transaksi menjual bekas isteri.

"Dari maklumat tersebut, pasukan kami terus ke lokasi dan menemukan suspek. Dia ditahan untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Suspek kemudian menunjukkan bilik 209 yang didiami mangsa.

"Hasil pemeriksaan, suspek menawarkan bekas isterinya kepada seorang lelaki dengan harga RM77. Dia akan mendapat keuntungan RM46 (RP150,000) bagi setiap transaksi yang dilakukan.

"Dia juga mengaku tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga terpaksa menjual bekas isteri," tambahnya.

Pun begitu, mangsa mendakwa dia pernah dijual kepada dua orang lelaki melalui aplikasi MiChat. - Kumparan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain