suria

Tahanan narkotik nikah kekasih hati, kembali ke penjara usai majlis... Tangguh bulan madu

Tahanan narkotik dinikahkan di masjid.

SEORANG banduan yang ditahan atas kesalahan narkotik menarik nafas lega apabila dapat disatukan dengan kekasih hatinya.

Malah, majlis pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari pusat tahanan di Jambi, Indonesia dengan dihadiri keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

Menurut ketua pusat tahanan berkenaan, akad nikah pada 12 Jun itu, disaksikan oleh kedua-dua keluarga pengantin mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Pengantin lelaki ditahan berkaitan dadah... kesnya masih dalam siasatan.

"Semasa majlis berlangsung, pihak polis berada di kawasan sekitar untuk mengawal keadaan," ujarnya.

Terdahulu, lantunan selawat nabi kedengaran sejurus akad dilafazkan.

Pengantin lelaki kembali ke pusat tahanan selepas majlis. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

tahanan narkotik, nikah, penjara,

Artikel Lain