suria

Bau busuk bongkar kematian pengusaha bengkel... Rupanya tinggal sendirian, hidap penyakit jantung

Mayat pengusaha bengkel ditemukan sudah busuk oleh pelanggannya.

MAYAT seorang pengusaha bengkel ditemukan busuk oleh pelanggan yang datang untuk mendapatkan kembali kereta yang dihantar untuk dibaiki.

Penemuan itu selepas mangsa tidak menjawab ketika dipanggil selain terhidu bau busuk di sebuah bengkel di Tangerang Selatan, Indonesia.

Menurut pegawai penyiasat, mangsa sudah beberapa hari tidak melakukan aktivitinya.

"Mangsa kemudian ditemukan pelanggan yang menghidu bau busuk dari dalam bengkel tersebut.

"Curiga dengan bau busuk, pelanggan terbabit mengintai ke dalam rumah berkenaan," ujarnya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal sendiri meninggal dunia disebabkan penyakit strok dan sakit jantung. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain