suria

Tiada kerusi roda atau pengusung, bapa nekad bawa anak patah kaki naik skuter elektrik dalam hospital!

Seorang bapa membawa anaknya menaiki skuter elektrik di dalam hospital. -Gambar Twitter

SEORANG bapa nekad membawa anak lelakinya yang patah kaki menaiki skuter elektrik untuk ke mendapatkan rawatan di tingkat tiga sebuah hospital.

Difahamkan, lelaki itu yang merupakan seorang peguam, terpaksa berbuat demikian selepas diberitahu bahawa terdapat kekurangan kerusi roda atau pengusung di hospital tersebut.

Anak lelakinya perlu mendapatkan rawatan di wad ortopedik yang terletak di tingkat tiga.

Menerusi klip video yang tular di internet, lelaki itu dilihat menunggang skuter elektrik di dalam hospital dengan anaknya duduk di tempat duduk pembonceng.

Dia menunggang kenderaan itu di dalam hospital untuk menaiki lif menuju tingkat tiga.

Insiden tersebut berlaku di sebuah hospital di Rajasthan, India, pada tengah hari Khamis.

Lelaki tersebut turut mendakwa bahawa dia sudah meminta kebenaran daripada pihak hospital sebelum berbuat demikian.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya, namun rata-ratanya menyokong tindakan lelaki tersebut agar pihak tertentu 'membuka mata' mengenai kekurangan kemudahan untuk pesakit di hospital. -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain