suria

Doktor wajah jelita bijak ambil peluang, kerja sambilan jadi 'ikan duyung'

Doktor perubatan ini bekerja sambilan sebagai pemain cosplay ikan duyung.

DEMI mencari pendapatan sampingan, seorang doktor mampu berfikiran di luar kotak.

Doktor perubatan itu yang dikenali sebagai Yasmin Awan ketika masa lapangnya.mampu berubah menjadi ikan duyung yang boleh memukau pandangan sesiapa sahaja.

Awan, 28, bertugas di unit trauma Hospital Aintree di Liverpool, England.

Ketika hari cutinya, Awan bekerja sebagai seorang pemain cosplay yang menyerupai ikan duyung dengan membuat persembahan untuk pelbagai majlis keramaian termasuk sambutan hari lahir kanak-kanak dan resepsi perkahwinan.

Awan, yang nama karakter ikan duyungnya ialah Athena Storm, menjelaskan dia mula berjinak dengan bidang kerjaya itu enam tahun lalu.

"Enam tahun lalu semasa saya mengikuti pengajian dalam Sarjana Perubatan, saya berada di perpustakaan hingga lewat malam, selain menghabiskan banyak masa membuat penyelidikan atas talian.

"Pada waktu itu tiba-tiba saya terjumpa dengan satu iklan, 'mari belajar menjadi ikan duyung'. Saya tertarik dan mula menjalani kursus itu pada hujung minggu untuk menjadi duyung profesional," kata doktor muda itu.

Untuk menjadi ikan duyung profesional, Awan harus belajar menahan nafas di bawah air dan diajar teknik berenang di dalam sut yang mempunyai sirip agar kelihatan seperti seekor ikan duyung.

"Orang ramai tidak menyangka proses untuk menjadi ikan duyung adalah sangat rumit. Ia bukan sekadar berdandan.

"Saya terpaksa belajar menahan nafas untuk jangka masa yang lama. Semuanya sangat teknikal tetapi ramai yang tidak menyedarinya," katanya. - New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain