MIMPI ngeri jadi kenyataan. Padah menembak kakinya sendiri ketika bermimpi, lelaki Amerika Syarikat didakwa kerana melepaskan senjata api secara melulu. Mark M Dicara, 62, ditemui polis di rumahnya di Illinois, April lalu dengan kesan tembakan pada kaki, lapor New York Post. Pejabat Syerif County Lake berkata, mangsa mendakwa dia mengalami mimpi ngeri mengenai dia dirompak sebelum mengambil senjata apinya, Revolver 357 Magnum tanpa sedar. "Apabila melepaskan tembakan yang terkena pada kakinya sendiri barulah dia tersedar dari mimpi itu. "Peluru itu turut menembusi katilnya. "Ini bukan kejadian pecah rumah tetapi kemalangan ketika tidur," katanya. Akibatnya, mangsa didakwa melepaskan senjata api secara melulu selain memiliki senjata api dengan lesen yang dibatalkan. Dia dibebaskan dengan ikat jamin selepas membayar AS$150,000 (RM692,925) serta bakal dibicarakan di mahkamah pada 29 Jun ini. - New York Post Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube