KAPAL selam yang membawa pelancong untuk menyaksikan bangkai kapal Titanic dilaporkan hilang di Laut Atlantik, sejak Ahad. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara besar-besaran sedang dijalankan di laut Atlantik. Menurut pengawal pantai Amerika Syarikat (AS), kapal selam kecil itu terputus hubungan kira-kira satu jam dan 45 minit selepas ia berlepas. Syarikat pelancongan OceanGate memberitahu, semua usaha sedang dilakukan bagi menyelamatkan lima individu yang menaiki kapal tersebut. Bayaran dikenakan sebanyak A$250,000 (RM1.16 juta) setiap seorang untuk perjalanan selama lapan hari termasuk menyelam ke bangkai Titanic pada kedalaman 3,800 meter (12,500 kaki). ARTIKEL BERKAITAN: Peluang bercuti tinjau bangkai kapal Titanic di dasar laut ARTIKEL BERKAITAN: Cemas macam filem Titanic, penumpang terkejut feri dibadai ombak gergasi Jutawan warga Britain berusia 58 tahun, Hamish Harding merupakan antara yang berada dalam kapal selam tersebut, menurut keluarganya. Menerusi satu perkongsian di media sosial, Harding berkata, dia berbangga akhirnya mengumumkan dirinya akan menaiki kapal misi ke bangkai kapal Titanic. Tambahnya, namun disebabkan musim sejuk terburuk di Newfoundland dalam 40 tahun, misi tersebut berkemungkinan menjadi misi pertama dan satu-satunya misi ke Titanic pada 2023. "Kami akan cuba menyelam esok," katanya lagi. - BBC Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!