suria

Pemilik bibir paling tebal di dunia sedang mencari cinta, mahu lelaki yang sanggup terima dirinya

Andrea berharap dia bakal bertemu dengan cinta sejati tidak lama lagi.

SEORANG wanita yang mendakwa dirinya pemilik bibir paling tebal di dunia mengakui sedang dalam misi untuk mencari buah hati baharu.

Pempengaruh media sosial, Andrea Ivanvoa, 25, berkata misinya untuk mencari cinta terbantut kerana bentuk bibirnya.

Menurut Andrea, dia sukar untuk mencari cinta sejati meskipun dirinya sering mendapat perhatian ramai lelaki menerusi media sosial.

"Jika teman lelaki malu untuk berjalan dengan saya kerana rupa paras saya, maka lebih baik kami putus.

"Sudah tentu saya akan berkecil hati. Saya mahu pasangan yang terima diri ini dan terima penampilan saya.

"Saya mahu mabuk cinta dan berjumpa orang yang tepat untuk saya kerana cinta merupakan perkara terindah dalam hidup," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Andrea meraih populariti di internet selepas tular kisahnya yang membuat suntikan untuk membesarkan bibirnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain