SEORANG pelajar India dijatuhkan hukuman penjara enam tahun sembilan bulan atas kesalahan merogol seorang wanita mabuk di Cardiff, United Kingdom (UK) pada Jun tahun lalu. Pelajar kejuruteraan itu, Preet Vikal, 20, membawa mangsa ke biliknya selepas mereka bertemu di luar sebuah kelab. Pendakwaraya Matthew Cobbe berkata, Vikal dan mangsa yang tidak mengenali antara satu sama lain keluar bersama kumpulan rakan yang berasingan. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia dilihat mendukung wanita berkenaan yang sedang mabuk ke biliknya sebelum bertindak merogol mangsa. Pelaku turut merakam foto wanita itu sebelum menyerangnya di atas katil, lapor The Daily Mail. Lebih keji, Vikal menghantar gambar itu kepada rakannya pada hari itu dan mengakui dia "terlupa" menggunakan kondom. Selepas mengetahui apa yang telah berlaku, wanita itu menghubungi polis dan pelaku ditangkap pada hari yang sama. - India Today Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!