suria

Bapa bongkar hubungan seks antara isteri, anak sendiri... Rupanya sudah 11 tahun berlaku!

Ibu dan bapa seharusnya melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa serangan seksual. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki membongkar perbuatan terkutuk isterinya bersama anak sendiri sehingga kisah mereka menjadi perbualan masyarakat.

Hubungan seks antara ibu kandung dan anak itu berlaku di Kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.

Apa yang mengejutkan, hubungan terkutuk itu berlaku sejak 11 tahun lalu iaitu semasa anaknya di bangku sekolah menengah sehingga berusia 28 tahun.

Ibunya pula kini sudah berusia 51 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlampau ikut kata sahabat, pengantin wanita ditinggal pada hari pernikahan

"Anak itu sejak sekolah telah berhubungan badan dengan ibunya," ujar ketua masyarakat Bukittinggi, Erman Safar.

Malah katanya, mereka berasal daripada keluarga yang kuat pegangan agama.

"Si ibu bertudung labuh, adik kepada pemuda tersebut pula seorang tahfiz," katanya.

Pun begitu dia menegaskan tentang kepentingan mencegah pernikahan bawah umur.

Di samping perlunya pendidikan seksual yang lebih baik dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

"Orang tua seharusnya menjaga dan melindungi anak-anak daripada potensi eksploitasi serta kekerasan seksual yang merosak masa hadapan.

"Pendedahan kes ini diharapkan menjadi peringatan bagi seluruh masyarakat," tambahnya.

Dia turut memaklumkan, pemuda terbabit telah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak sejal lima bulan lalu. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain