suria

Pengguna Twitter pernah buat ramalan tragedi kapal selam tahun lalu, dakwa diri seorang ‘nabi’

Ciapan pengguna Twitter itu dikaitkan dengan tragedi kapal selam Titan.

SEORANG pengguna Twitter melabel dirinya sebagai seorang 'nabi', susulan ciapannya yang meramalkan tragedi kapal selam untuk meneroka sisa bangkai kapal Titanic, menjadi kenyatan.

Ciapan mengenai ramalan tersebut dibuat pada 4 September 2022, iaitu sembilan bulan sebelum tragedi Titan berlaku.

"Saya mempunyai idea untuk sekuel Titanic (1997), di mana sebuah kapal selam mewah yang penuh dengan jutawan terhempas semasa melawat bangkai Titanic. (Mereka semua lemas dan dimakan oleh ketam. Filem ini berdurasi 26 minit. Sangat boleh ditonton semula.)," demikian ciapan pengguna Twitter yang menggunakan akaun @Phineas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kapal selam Titan meletup berhampiran bangkai Titanic, semua 5 penumpang disahkan terkorban

Dia kemudian memuat naik satu ciapan baru pada 22 Jun (Khamis), selepas tragedi berkenaan dilaporkan secara meluas oleh media.

"Saya hampir terlupa mengenai ini, tapi ia menarik perhatian bahawa saya adalah seorang nabi," tulisnya.

Terdahulu pada Khamis, media melaporkan kapal selam Titan yang dalam perjalanan untuk meneroka sisa bangkai Titanic, dipercayai meletup berhampiran kapal persiaran mewah itu.

Ia dilaporkan hilang sejak Ahad lalu itu.

Kesemua lima penumpang kapal selam tersebut dilaporkan terkorban.

Mereka terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush; jutawan British, Hamish Harding, ahli perniagaan dari Pakistan, Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, dan Paul-Henri Nargeolet.

Syarikat yang mengendalikan 'pengembaraan' berkenaan, OceanGate, mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.16 juta) setiap seorang untuk menyertai ekspedisi selama lapan hari bagi meneroka Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland. -Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain