suria

Kapal selam Titan meletup berhampiran bangkai Titanic, semua 5 penumpang disahkan terkorban

Kesemua lima penumpang Titan meninggal dunia.

KESEMUA lima penumpang kapal selam Titan yang dalam perjalanan untuk meneroka sisa bangkai kapal Titanic, disahkan meninggal dunia, demikian menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), John Mauger.

Kapal selam berkenaan yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu itu dipercayai meletup berdekatan dengan Titanic.

Mauger mengesahkan bahawa lima bahagian kapal itu ditemui kira-kira 1600 kaki dari bangkai kapal persiaran mewah berkenaan.

Serpihan yang ditemui adalah konsisten dengan 'letupan bencana', katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kapal selam bawa pelancong tengok bangkai Titanic hilang, jutawan sempat kongsi berita gembira

Kesemua ahli keluarga mangsa, sudah dimaklumkan mengenai tragedi berkenaan.

Lima penumpang Titan terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush; jutawan British, Hamish Harding, ahli perniagaan dari Pakistan, Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, dan Paul-Henri Nargeolet.

Syarikat yang mengendalikan 'pengembaraan' berkenaan, OceanGate, mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.16 juta) setiap seorang untuk menyertai ekspedisi selama lapan hari bagi meneroka Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland. -Skynews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain