suria

Rancak berjoget atas pentas, makcik tudung kena lempar pisang gara-gara tak bayar hutang

Seorang wanita berang dengan membaling pisang kepada seorang hadirin yang menari di atas pentas.

SEORANG wanita yang asyik menari di atas pentas dilempar pisang oleh seorang penonton.

Insiden itu dirakamkan menerusi satu video yang tular di media sosial.

Seorang wanita lain nekad membaling pisang dipercayai berang dengan wanita yang sedang berjoget itu tidak membayar hutang mereka.

Menerusi video pendek itu, kelihatan suasana majlis keraian penduduk kampung yang menyaksikan satu kumpulan sedang membuat persembahan dangdut bagi menghiburkan tetamu.

Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Ketika kejadian, seorang penyanyi sedang menyanyi bersama dua tetamu di atas pentas.

Namun, seorang wanita berusia 50-an yang berada di bawah pentas berasa kurang senang melihatnya.

Wanita itu kemudian mengambil pisang di atas meja tetamu dan kemudian melemparkannya ke arah wanita bertudung hitam yang sedang menari.

Walau bagaimanapun, wanita yang bertudung hitam itu terus menari seperti tiada apa yang berlaku. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain