suria

Akibat cemburu... Pemuda 24 tahun bunuh, rogol mayat bekas kekasih

Suspek bunuh bekas kekasih yang bakal menikah.

SEORANG lelaki bukan sahaja sanggup membunuh bekas kekasihnya kerana cemburu malah turut melakukan seks dengan mayat mangsa sebelum dibuang di Jawa Tengah, Indonesia.

Mayat tanpa pakaian ditemukan petani pada pukul 7 pagi, Jumaat.

Difahamkan, petani tersebut pada awalnya memeriksa keadaan sawah yang kelihatan seolah-olah dilalui ular besar sebelum menemukan mayat mangsa.

Dia kemudian membuat laporan polis.

Menurut pihak berkuasa, siasatan awal mendapati tubuh mangsa yang berusia 23 tahun itu dipenuhi kesan luka di sekitar kepala.

Dalam tempoh 24 jam, suspek berusia 24 tahun ditahan selepas pasukan polis menemukan bahan bukti di tempat kejadian.

"Motifnya kerana cemburu mangsa akan bernikah... suspek kemudian bertindak menganiaya malah sanggup melakukan hubungan intim dengan mayat mangsa," katanya. - Medan Tribun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain