suria

Padah mandi bunga! Remaja perempuan diperkosa bomoh sehingga trauma

Remaja diperkosa ketika mandi bunga.

GARA-GARA mengikut ritual mandi bunga, seorang remaja berusia 16 tahun diperkosa bomoh.

Kejadian pada 1 Jun itu bermula apabila ibu saudara kepada remaja terbabit ingin mendapatkan khidmat bomoh berkenaan.

Menurut wakil ketua pusat perlindungan Tangerang, Syukron Nur Arifin, pada awalnya mandi bunga hanya dilakukan oleh ibu saudara mangsa.

Namun selepas upacara tersebut selesai, bomoh yang dikenali sebagai Mamang Ompong menyatakan remaja berkenaan terkena sihir guna-guna dan perlu mandi bunga.

Ibu remaja terbabit kemudiannya bersetuju dengan saranan bomoh.

"Dia diperkosa semasa upacara mandi bunga dilakukan iaitu selepas ibunya disuruh keluar," katanya.

Bagaimanapun, remaja terbabit hanya melaporkan kejadian berkenaan selepas beberapa hari berlalu kerana berasa takut.

Tambah Syukron, mangsa kini berada dalam keadaan trauma dan perlu mendapatkan rawatan psikologi.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat luka pada bahagian kemaluan mangsa. - Kompas.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

diperkosa, mandi bunga, bomoh,

Artikel Lain