suria

Padah ukir nama GF pada dinding bangunan bersejarah, pelancong berdepan hukuman penjara 5 tahun

Lelaki British mengukir nama kekasihnya pada dinding bangunan bersejarah.

SEORANG lelaki British terima padah apabila berdepan hukuman penjara selepas mengukir namanya dan pasangan pada dinding bangunan bersejarah Colesseum, Itali.

Ia berikutan video tular di mana lelaki tersebut melakukan vandalisme dengan mengukir perkataan ‘Ivan + Hayley 23’ pada batu bersejarah yang dibina sejak zaman Empayar Rom lagi.

Umum mengetahui bahawa Tapak Warisan Dunia yang diwartakan Unesco ini tidak boleh diubahsuai serta dirosakkan.

Menurut laporan Daily Mail, pihak polis mendapati bahawa lelaki tersebut, Ivan Dimitrov, 27, merupakan jurulatih kecergasan berbangsa Bulgaria yang menetap di United Kingdom.

Ukiran yang dibuat oleh pelancong tersebut.

“Butiran mengenai lelaki tersebut dapat dikesan selepas mengetahui tempat penginapan (hotel) mereka di Rom.

“Pihak polis bagaimanapun percaya pasangan tersebut telah meninggalkan Itali,” katanya.

Ketika dihubungi polis, lelaki tersebut membuat permohonan maaf dan mengakui bahawa dia kesal dengan perbuatannya.

Namun, tindakan lelaki tersebut boleh dikenakan denda sehingga £12,850 (RM76,200) dan mungkin dipenjarakan antara dua hingga lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain