SEORANG warga emas mengaku tidak pernah tidur lagi selama 60 tahun selepas mengalami demam ketika muda. Thai Ngoc, 80, merupakan seorang petani di sebuah perkampungan di Vietnam. Menurutnya, perkara aneh itu bagaimanapun tidak mengganggu kehidupannya sejak dahulu lagi. Perkara itu turut diakui oleh isteri, anak, rakan-rakan malah jirannya sendiri bahawa mereka tidak pernah melihat Ngoc tidur atau terlelap. Tegas Ngoc, dia sudah terbiasa dengan rutin tanpa tidur malah ia tidak memberi kesan negatif terhadap kehidupannya. “Saya tak tahu sama ada insomnia memberi kesan buruk pada kesihatan atau tidak. “Tetapi saya masih sihat dan boleh bertani seperti orang normal,” katanya. Thai Ngoc yang lahir pada 1942, mengaku tidak lagi tidur setelah mengalami demam sejak usianya 20 tahun. - KOMPAS Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube