SEPASANG kekasih berdepan dengan tuduhan membunuh bayi mereka yang baru lahir dengan cara mencekik sebelum menanam mayat mangsa. Menurut laporan, pasangan berkenaan yang berasal dari wilayah Gyeongsang Selatan, Geoje, Korea Selatan, melakukan jenayah berkenaan pada 9 September tahun lalu. Apa yang lebih menyayat hati, mereka tergamak mencekik si kecil yang baru berusia empat hari itu sehingga mati, sebelum menanam mayat bayi malang itu di kawasan bukit. Pasangan itu pada mulanya mendakwa mereka mendapati bayi tersebut sudah tidak bernyawa pada pagi 9 September dan menanam mayatnya di atas bukit pada hari berikutnya. Susulan keterangan tersebut, polis melakukan penyiasatan namun tidak menemui jasad bayi di lokasi yang dimaksudkan. Bagaimanapun suspek lelaki yang juga bapa kepada bayi malang tersebut mengaku membunuh dan meninggalkan jasadnya di sungai, sekaligus mendorong pihak polis melakukan operasi pencarian di kawasan berkenaan. Pasangan berkenaan, iaitu suspek wanita berusia 30-an dan pasangannya berusia 20-an ditahan atas tuduhan melakukan pembunuhan. -World.KBS Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube