BEBERAPA hari lalu laman sosial Twitter kecoh apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk memperkenalkan polisi baharu dengan menghadkan paparan tweet kepada pengguna berdaftar sahaja. Namun terbaharu, pihak Twitter dilihat mengubah semula polisi mereka dengan membenarkan orang ramai melihat semua tweet tanpa mendaftar masuk ke laman sosial berkenaan. Apa yang mengejutkan, perubahan ini berlaku pada hari aplikasi pesaing Twitter iaitu Threads dilancarkan di seluruh dunia. Threads merupakan media sosial terbaharu yang dibangunkan oleh Meta milik Mark Zuckerberg yang turut memiliki media sosial Facebook dan Instagram. Thread merupakan aplikasi teks perbualan seperti Twitter yang kini boleh dimuat turun di seluruh dunia untuk pengguna Android dan iOS. Dilancarkan menerusi Instagram, Thread menjadi alternatif baharu buat pengguna Twitter kerana ia memiliki konsep yang sama. Apa yang menarik, Threads membenarkan pengguna mereka memuat naik 500 karakter dalam satu hantaran, bersama foto serta video dengan durasi maksimum lima minit. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube