IMPIAN jadi kenyataan! Lelaki ini menjalani kehidupan yang diidamkan ramai apabila dia menetap di dalam kediaman yang juga merupakan sebuah pesawat Boeing 727. Pernah bergelar seorang jurutera, Bruce Campbell, 73, mula mengambil keputusan untuk tinggal di dalam sebuah pesawat yang sudah terabai ketika dia hanya berumur 15 tahun. Demi merealisasikan impiannya itu, Bruce membelanjakan 26,000 dolar Amerika Syarikat (RM121,000) untuk membeli tanah kosong berkeluasan 10 ekar di tengah hutan Oregon, Amerika Syarikat. Bruce bersama pesawat yang diubah suainya. Selepas berjaya mendapatkan sebidang tanah untuk mendirikan 'rumahnya', Bruce mengeluarkan dana berjumlah 100,000 dolar Amerika Syarikat (RM466,400) untuk membeli sebuah kapal terbang dari tempat menjual besi buruk. Bruce bagaimanapun mengatakan perkara itu adalah kesilapan terbesar hidupnya. "Saya tak akan buat macam tu lagi. Syarikat jual besi buruk hanya tahu mencekik darah. "Saya cadangkan untuk terus beli jet kapal terbang yang masih sempurna dan berfungsi. Cuma jika enjinnya sudah tiada, mungkin boleh diterima lagi," kata Bruce. Ruang dalam kapal terbang milik Bruce. Jet yang dibeli Bruce itu pada asalnya mempunyai 200 buah kerusi dengan keluasan bahagian dalam berukuran 1,066 kaki persegi. Kapal terbang itu juga mempunyai sejarah unik apabila ia pernah diterbangkan oleh pemilik syarikat penerbangan yang berkahwin dengan bekas isteri presiden Amerika Syarikat, Jacqueline Kennedy Onassis, sebelum kematian suaminya. Menurut Bruce, dia kemudiannya mengerluarkan lagi 120,00 dolar Amerika Syarikat (RM558,680) untuk membawa kapal terbang itu ke tanah persendiriannya. "Saya rasa puas dengan hidup saya, saya gembira, saya dah capai apa yang saya mahukan selama ini. Bruce berbangga mempunyai pesawat sebagai kediamannya. "Lebih-lebih jika anda seorang jurutera, saintis atau sesiapa sahaja yang menghargai 'seni' dalam teknologi aeroangkasa.," kata Bruce. Kapal terbang yang diubah suai oleh Bruce itu kini mempunyai bilik air, dapur dan mesin basuh. Bruce tidur di atas sebuah sofa dan bil utiliti bulanannya hanya menelan kos sebanyak 370 dolar Amerika Syarikat (RM1725). "Saya tidak menyesal langsung mengejar impian ini. Saya tinggal di dalam sebuah rumah, di atas sebidang tanah bersama komuniti yang saya cintai. "Sasaran seterusnya meungkin saya mahu tinggal dalam kapal terbang di Jepun pula," kata Bruce. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube