suria

Tak sempat malam pertama, pengantin perempuan tiba-tiba hilang selepas nikah

Pengantin perempuan dilaporkan hilang selepas pernikahan.

KECOH mengenai seorang pengantin perempuan yang didakwa menghilangkan diri selepas bernikah.

Sementara itu, suaminya yang berusia 26 tahun bersedih kerana tidak dapat bersama isteri pada malam pertama seperti pengantin lain.

Pasangan itu menetap di Rancabungur di Bogor, Indonesia.

Mereka melangsungkan pernikahan pada 25 Jun lalu.

Bagaimanapun, timbul khabar angin yang mendakwa pengantin perempuan dilarikan oleh bekas kekasih, yang menjalinkan hubungan selama empat tahun sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sakit perut malam pertama, pengantin perempuan lahirkan anak sehari selepas nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sempat bergelar isteri 10 minit, pengantin lelaki meninggal dunia di majlis kahwin

Setelah tiga hari kehilangan Anggi, ibunya menerima berita yang mengejutkan menerusi mesej daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

Mesej tersebut turut disertakan dengan gambar swafoto anak perempuannya.

Dalam mesej tersebut, Anggi menulis mengenai syaratnya untuk kembali pulang.

"Nanti Anggi balik ke rumah apabila keadaannya sudah tenang," kata ibunya sambil memaklumkan anaknya memberitahu dirinya dalam keadaan baik.

Suami Anggi berkata, dia mengesyaki isterinya diculik, namun tidak menerima sebarang tanda-tanda sebelum kehilangan tersebut.

Menurutnya, perkahwinan mereka adalah atas dasar suka sama suka.

"Kami berkahwin atas dasar suka bersama, bukan paksaan atau perkahwinan yang diatur," kata Fahmi. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain