SIAPA sangka seorang pengemis sebenarnya memiliki wang yang banyak. Manakan tidak, selama ini dia hidup dengan belas ihsan orang ramai. Kehidupannya bagaimanapun terbongkar selepas 'ditangkap' sedang berfoya-foya. Memetik laporan Tribunnewsmaker, baru-baru ini tular seorang pengemis berusia 40 tahun dari Pati, Jawa Tengah di Indonesia menggunakan wang yang diperoleh hasil mengemis untuk bersuka ria. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pengemis, kini bertanding ratu cantik ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan pengemis tanpa hidung yang tular, didakwa ada kereta Avanza, tiga isteri Pada waktu pagi, lelaki itu mengemis di jalanan dan di sebelah malam dia berkaraoke. Menerusi pengakuannya, dia mampu mendapat Rp150,000 (RM46) dalam sehari. Malah, dalam sejam membolehkannya memperoleh sebanyak Rp50,00 (RM15). Bagaimanapun, wang yang diterimanya dengan mengemis di jalanan tidak digunakan untuk membeli makanan atau meneruskan kelangsungan hidup. Sebaliknya, wang tersebut digunakannya untuk ke pusat karaoke dan berparti. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube