suria

Pasangan gembira selepas rasmi bercerai, bekas suami sempat beritahu ‘saya bebas daripada orang jahat’

Pasangan ini sempat membuat video bersama-sama bagi meraikan perceraian mereka. -Gambar JamPress

BAGI kebanyakan pasangan, perceraian adalah satu perkara yang menyedihkan.

Namun berbeza pula dengan pasangan dari Brazil, Iury Maia dan bekas isterinya, Barbara Benjamin.

Pasangan ini menjadi viral kerana meraikan perpisahan mereka dengan gembira.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2018 dan bercerai pada 2021.

Bagaimanapun, disebabkan masalah birokrasi, mereka hanya bercerai secara rasmi pada 26 Jun lalu selepas dua tahun menguruskan perceraian.

Surat cerai Iury dan Barbara tidak dapat dikeluarkan, justeru apabila kedua-duanya secara rasmi sah bercerai, mereka sangat gembira.

Pasangan tersebut turut membuat rakaman video bersama-sama sambil menunjukkan sijil cerai.

Malah Iury sempat bergurau tentang perceraian mereka di dalam video tersebut.

"Saya bebas daripada orang jahat," katanya.

Iury menambah, dia dan Barbara kini telah 'move on' dan masing-masing sudah mempunyai pasangan baharu.

Kedua-duanya mengakui perceraian menjadikan hubungan mereka lebih baik daripada bersama-sama dalam perkahwinan. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain