suria

Jual gado-gado terlalu murah, lelaki tak puas hati tergamak tikam paha isteri

Suspek berang kerana isterinya menjual gado-gado dengan harga RM1.55 sahaja.

GARA-GARA menjual gado-gado pada harga yang murah, seorang lelaki tergamak mencederakan isterinya sendiri dengan menikam paha wanita tersebut menggunakan pisau.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di mukim Plaju, Palembang, Indonesia.

Lelaki bernama Sudarmanto, 36, dilaporkan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati isterinya menjual gado-gado dengan harga 5,000 rupiah (RM1.55) di kawasan kejiranannya, sedangkan ia patut dijual pada harga 10,000 rupiah (RM3.10).

Kejadian bermula apabila mangsa yang baru pulang dari menghantar jualan dimarahi oleh suspek.

Mangsa kemudian cuba melarikan diri namun dikejar oleh suspek yang kemudian menikam pahanya.

Mangsa membuat laporan polis mengenai perkara tersebut dan pihak berkuasa segera memberkas suspek kerana melakukan keganasan rumah tangga. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain