suria

Tiada duit bayar urus kebumi jenazah, bapa simpan mayat bayi dalam peti sejuk

Penemuan oleh penduduk di dalam peti sejuk. -Gambar hiasan / Freepik

PENDUDUK digemparkan dengan tindakan seorang bapa yang menyimpan jenazah bayinya di dalam peti sejuk.

Memetik Tangerang Tribune, bayi tersebut meninggal dunia ketika dalam kandungan ibunya berusia lapan bulan.

Kejadian berlaku di Ciledug, Kota Tangerang di Banten, Indonesia.

Bapa berusia 30 tahun itu menyimpan mayat bayi tersebut di dalam peti sejuk sejak Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu bayar RM439 untuk perkhidmatan ambulans, bapa bawa mayat anak naik bas sejauh 200km

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gempar 2 kanak-kanak temui mayat bayi dalam peti sejuk

Dia didakwa melakukan perkara itu kerana tidak mempunyai wang untuk menguruskan pengebumian jenazah anaknya.

Penduduk menemui lokasi mayat bayi itu di dalam peti sejuk selepas dua hari bapa berkenaan membawa pulang jenazah tersebut.

Ketika ditemukan keadaan mayat bayi itu sudah membeku.

Jenazahnya kemudian dikebumikan pada Selasa. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain