suria

Kejam! Pengamal ilmu hitam bunuh isteri... Makan otak dan jadikan tengkorak mangsa sebagai bekas abu rokok

Alvaro ditahan pada 2 Julai lalu atas tuduhan membunuh isterinya. -Gambar Newsflash

SEORANG pengamal ilmu hitam di Mexico tergamak membunuh isterinya, kemudian memakan otak serta menjadikan tengkorak wanita tersebut sebagai bekas abu rokok.

Suspek berusia 32 tahun, hanya dikenali sebagai Alvaro, telah ditahan di rumahnya di Puebla, pada 2 Julai lalu.

Dia dituduh melakukan jenayah kejam itu pada 29 Jun ketika berada di bawah pengaruh bahan terlarang.

Semasa disoal siasat, dia didakwa memberitahu pegawai bahawa Dewa Santa Muerte (Saint Of Death) dan syaitan telah mengarahkannya untuk melakukan jenayah itu.

Suspek mengerat mayat isterinya, Maria Montserrat, memasukkannya ke dalam beg plastik dan didakwa membuang sebahagian bahagian mayat ke dalam gaung di belakang rumah.

Menurut sumber terdekat, suspek mengaku memakan sebahagian otak isterinya dengan taco (makanan tradisi Mexico) dan menggunakan sebahagian daripada tengkoraknya yang hancur sebagai bekas abu rokok.

Dua hari selepas pembunuhan itu, dia dipercayai menghubungi salah seorang anak tirinya untuk mengaku jenayahnya.

Pasangan tersebut berkahwin kurang setahun yang lalu.

Mangsa mempunyai lima anak perempuan, berumur dari 12 hingga 23 tahun sebelum mengahwini suspek. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain