suria

Tikam suami hingga mati kerana salah faham, suri rumah berusia 21 tahun ditahan polis

Suspek mengaku menikam suaminya menggunakan pisau (gambar kecil).

POLIS menahan seorang suri rumah berusia 21 tahun kerana didakwa menikam suaminya hingga mati di Kofar Dumi, pinggir bandar Bauchi, Nigeria.

Pemangku Pegawai Perhubungan Awam Polis Negeri Bauchi, ASP Aminu Ahmed berkata, suspek yang bernama Maimunatu Sulaiman didakwa menikam suaminya dengan niat untuk membunuh berikutan salah faham ketika pertengkaran berlaku antara mereka.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 3 Julai lalu di rumah pasangan berkenaan di pinggir bandar Bauchi.

Mangsa yang dikenali sebagai Aliyu meninggal dunia akibat kecederaan di dada manakala suspek mengalami lebam kecil di perut.

"Semasa soal siasat, suspek mengaku melakukan jenayah itu," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

"Mereka membawa kedua-dua mangsa dan suspek ke hospital untuk rawatan perubatan.

"Laporan yang diperoleh daripada doktor perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di dadanya," kata Ahmed.

Kes itu dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JPP) untuk siasatan lanjut. -Dailypost.Nigeria

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain