suria

Terperangkap dalam kebakaran, ibu terpaksa campak bayi 6 minggu dari tingkat empat

Rakaman menunjukkan seorang wanita mencampakkan bayinya dari tingkat 4 sebuah apartment. -Gambar Weibo

SEORANG ibu terpaksa mengambil keputusan drastik mencampakkan bayinya dari tingkat empat sebuah apartmen ketika terperangkap dalam satu kebakaran.

Rakaman video yang tular memaparkan detik-detik ketika dia melemparkan bayi berusia enam minggu itu dari tepi tingkap kepada sekumpulan orang yang berada di tingkat bawah yang memegang cadar untuk menyambut anaknya.

Difahamkan, jarak antara tingkat empat ke aras bawah adalah sekurang-kurangnya 9.14 meter.

Kejadian berlaku pada Rabu lalu, di sebuah blok kediaman di daerah Yongjia, Wenzhou, wilayah Zhejiang.

Asap tebal turut kelihatan dari tingkap di belakang wanita tersebut yang sebelum itu melemparkan cadar ke bawah kepada kumpulan individu berkenaan.

Anggota bomba tiba di lokasi kebakaran untuk memadamkan api tidak lama kemudian.

Bayi tersebut dilaporkan selamat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Dia dikatakan berada dalam keadaan sihat manakala pasukan bomba juga dapat menyelamatkan si ibu, nenek, beberapa kanak-kanak serta orang dewasa lain dari bangunan yang terbakar itu. -Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain