PELIK tapi benar. Seorang wanita membuat keputusan untuk mengahwini sebatang sungai tercemar bagi melindungi sungai tersebut daripada terus dicemari. Meghan Trump telah jatuh cinta dengan Sungai Avon yang terletak di Britain, meskipun ia kotor dan dicemari dengan sisa najis manusia. Hari bahagia wanita itu pada 17 Jun lalu agak berbeza dengan kebanyakan orang kerana dia berikrar mengenai komitmennya terhadap sungai yang mengalir melalui Bristol itu. Trump memberitahu dia membuat keputusan pelik itu kerana laluan air sungai tersebut telah menyebabkan dia dan rakan-rakannya jatuh sakit sebelum ini. Tambahnya, alasan di sebalik tindakannya itu adalah demi memenuhi ikrar untuk cuba melindungi dan menjaga sungai tersebut yang telah mengalami peningkatan jumlah pencemaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Majlis yang berlangsung pada 17 Jun lalu, adalah usaha untuk 'menghimpunkan masyarakat yang berbeza' untuk menekankan peranan sungai yang sangat penting dalam kehidupan manusia. -Dailystar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube