suria

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah... Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Rakaman CCTV menunjukkan perbuatan jijik seorang lelaki.

SEORANG wanita warganegara Malaysia trauma apabila melihat pemilik rumah sewanya di Singapura melakukan sesuatu yang menjijikkan.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu melihat tuan rumah berkenaan beronani menggunakan seluar dalamnya.

Melalui satu hantaran tular di Facebook, wanita itu bersama teman lelakinya dikatakan menyewa sebuah bilik tidur di rumah flat yang mempunyai jumlah empat bilik.

Menurut teman lelaki mangsa, terdapat sepasang lagi warganegara Malaysia turut menyewa di dalam rumah flat yang sama.

Gangguan seksual boleh meninggalkan trauma yang mendalam. -Gambar hiasan Freepik

"Kami pindah masuk pada bulan Jun tahu lepas, penyewa sebelum kami maklumkan yang tuan rumah selalu bawa calon penyewa untuk melihat kediaman ketika ketiadaan orang di rumah.

"Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kami pasang CCTV dalam bilik tidur pada November tahun lalu," ujarnya.

Namun begitu, pada 17 Mei, mangsa menerima notifikasi ketika dia sedang bekerja mengatakan ada seseorang memasuki biliknya.

Apabila dia memeriksa rakaman CCTV itu, dia terperanjat untuk melihat pemilik rumah sewanya sedang bertelanjang bulat di dalam bilik tidurnya.

Lelaki itu menggeledah barangan peribadi wanita terbabit untuk mencari seluar dalam dan apabila berjaya menemukan apa yang dicari, dia mula beronani.

Kehormatan wanita seharusnya dijaga dan bukannya dicabuli. -Gambar hiasan Freepik

"Saya ketakutan yang teramat dan tak dapat mengawal emosi sampai menangis. Tapi saya tak boleh tutup paparan CCTV tu sebab saya kena terus merakam untuk kumpul bukti," kata mangsa.

Dalam rakaman CCTV yang berdurasi 15 minit tersebut, pemilik rumah sewa itu dilihat memasuki bilik tidur wanita terbabit dengan hanya mengenakan sehelai tuala di paras pinggang.

Dia kemudian mengambil seluar dalam mangsa untuk menghidunya sebelum membuka tualanya dan menggunakan pakaian dalam tersebut untuk merangsang diri secara seksual.

Selepas selesai melampiaskan nafsu, dia meletakkan kembali seluar dalam itu ke tempat asalnya.

Mangsa dan teman lelakinya membuat laporan polis pada hari sama dan anggota polis datang untuk membuat siasatan di flat tersebut pada 18 Mei.

Sebagai bahan bukti, pihak polis mengambil seluar dalam berwarna merah yang digunakan lelaki itu ketika dalam rakaman CCTV dan tiga pasang seluar dalam berserta tiga lagi pakaian lain.

Wanita sering diancam bahaya dari mereka di sekeliling. -Gambar hiasan Freepik

"Saya buang semua seluar dalam selepas insiden itu sebab saya tak tahu jika dia (pemilik rumah sewa) pernah menyentuhnya. Saya juga membasuh semula setiap satu pakaian saya," kata mangsa.

Sementara itu, teman lelaki mangsa mendakwa pemilik rumah sewa itu enggan untuk memohon maaf di atas perbuatan jeliknya dan tidak mahu memulangkan deposit rumah sewa mereka sebanyak $1,900 (RM6,574).

Pasangan itu kini sudah berpindah ke rumah sewa baharu tetapi mangsa dilaporkan masih dihantui insiden hitam terbabit sehingga ke hari ini dan terpaksa berhenti seketika daripada kerjanya.

"Saya akan menangis di siang hari dan mengalami gangguan jiwa. Saya mimpi ngeri hampir setiap malam.

"Saya ada berjumpa dengan doktor psikiatri sebagai proses pemulihan saya. Saya sekarang bertekad untuk tidak menyewa daripada lelaki lagi," kata mangsa. - World of Buzz

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain