RASA sakit pada mata yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki akhirnya terbongkar apabila doktor menemukan ulat di dalam organ tersebut. Kanak-kanak berusia 10 tahun dari bandar Tatvan di Turki, pada mulanya mengadu berasa tidak selesa dan sakit pada matanya. Beberapa hari kemudian apabila keadaan masih tidak berubah, ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke hospital pakar mata untuk menjalani pemeriksaan. Alangkah terkejutnya apabila doktor menemukan lapan larva lalat hidup di bahagian bawah mata kiri budak tersebut, diikuti tiga lagi pada hari berikutnya. Pakar oftalmologi, Dr Halil İbrahim Ateşoğlu berkata, dia percaya serangga itu membiak di dalam mata kanak-kanak tersebut selepas dihinggapi lalat dewasa. Selepas serangga itu dibuang, kanak-kanak tersebut diberi titisan antibiotik dan dibenarkan pulang. Kejadian itu bukanlah kali pertama larva lalat membiak di dalam mata manusia. -Dailystar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube