suria

Selepas 60 tahun, warga emas akhirnya lamar wanita yang diminati sejak sekolah menengah

Dr Thomas McMeekin akhirnya melamar wanita yang diminatinya sejak bangku sekolah menengah, Nancy Gambell, selepas 60 tahun.

KALAU sudah jodoh, pasti akan bersatu jua.

Begitulah juga dengan kisah sepasang kekasih warga emas dari Amerika Syarikat (AS) ini.

Menerusi klip video yang tersebar di media sosial, lelaki warga emas bernama Dr Thomas McMeekin, 78, akhirnya melamar wanita yang diminatinya sejak bangku sekolah menengah, Nancy Gambell, selepas 60 tahun.

Pada mulanya McMeekin menunggu ketibaan teman wanitanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa.

Beberapa ketika kemudian apabila Nancy tiba dan berjalan ke arahnya, wajah McMeekin serta merta tersenyum dan berubah menjadi ceria.

Selepas kedua-duanya berpelukan, McMeekin meminta kekasihnya untuk duduk dan memberikannya sejambak mawar merah.

Dia kemudian melutut sambil membacakan ucapan menyentuh hati dan mengakhirinya dengan lamaran.

Nancy dengan gembira memberikan jawapan 'ya' pada lamaran tersebut dan orang awam yang berada di sekeliling pasangan berkenaan turut bertepuk tangan meraikan mereka. -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain