DRAMA 'kehilangan' seorang pengantin perempuan di Bogor, Indonesia yang ghaib sehari selepas majlis pernikahannya pada 25 Jun lalu, akhirnya terjawab. Pada mulanya, lelaki bernama Fahmi terpaksa membuat hebahan di media sosial kerana buntu untuk mengesan keberadaan isterinya, Anggi Anggraeni. Dikatakan, Anggi yang berusia 21 tahun, tidak pulang selepas meminta izin untuk membeli ayam geprek. Lapan hari selepas kehilangan isterinya, Fahmi mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Polis yang melancarkan usaha mencari Anggi, akhirnya berjaya mengesan keberadaan wanita tersebut di Bandung bersama bekas kekasihnya, pada Jumaat (7 Julai) lalu. Selepas berbincang sesama keluarga, Fahmi akhirnya menceraikan Anggi di balai polis dan meminta wanita tersebut berkahwin dengan bekas kekasihnya. Kedua-dua buah keluarga juga bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu secara baik tanpa melibatkan saman. -Liputan6 Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube