suria

Pusat sauna tawar khidmat pelacuran, pasangan gay kantoi sedang berasmara ketika polis buat serbuan

Polis menyerbu pusat perkhidmatan kecergasan dan sauna itu pada Jumaat malam.

SEBUAH pusat perkhidmatan kecergasan dan sauna di Thailand diserbu oleh pihak polis kerana menjalankan aktiviti pelacuran secara haram.

Dalam serbuan pada Jumaat malam, polis menemui 36 individu, termasuklah pekerja dan pelanggan lelaki dalam ruangan berasingan.

Malah, beberapa pasangan juga sedang melakukan hubungan seks ketika premis di Thonburi, Bangkok, itu diserbu polis.

Ujian air kencing turut dibuat, namun kesemua mereka bebas daripada penggunaan dadah.

Bagaimanapun, seorang pelanggan berusia 25 tahun ditahan kerana mempunyai waran tangkap untuk kes pengubahan wang haram di kawasan wilayah Krabi.

Surasak, 33, dikenal pasti sebagai pemilik bangunan enam tingkat itu yang mana dia didakwa melakukan aktiviti pelacuran dan dibawa ke Balai Polis Bukkhalo untuk tindakan selanjutnya. - Khaosod English.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain