SIAPA sangka seorang pengawal keselamatan mampu memakai barang kemas, dan rupa-rupanya terdapat rahsia kekayaan di sebalik kemewahan itu. Menerusi perkongsian video di TikTok @artpapearn, lelaki berkenaan dilihat memakai rantai emas tebal, gelang dan cincin emas serta azimat emas. Penampilannya yang sarat dengan barang kemas itu menimbulkan tanda tanya mengenai sumber pendapatannya sehingga mampu memiliki perhiasan mewah. Menurut portal Thaiger, pengawal keselamatan itu berkata, dia menjalani gaya hidup secara sederhana (berjimat-cermat) dan menyimpan harta dengan menyimpan dan tidak membelanjakan gaji bulanannya. Bagi menampung perbelanjaan harian, lelaki itu menjana pendapatan dengan menjual barang antik yang dikumpulnya. Mengulas lanjut, katanya, dia hanya membelanjakan sekitar 60 baht (RM8) setiap hari. Rata-rata netizen kagum dengan usaha pengawal keselamatan itu yang merendah diri dan tidak angkuh dengan harta dimilikinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube