suria

Tujuh kanak-kanak jadi mangsa dera seksual, lelaki pedofilia akhirnya ke penjara 30 tahun

Seorang lelaki ditahan selepas 25 tahun melakukan jenayah. -Gambar hiasan

PAUL McKee, 57, yang menggelar dirinya Profesor Paulos, didapati bersalah atas 15 kesalahan melibatkan tujuh kanak-kanak dalam tempoh hampir 25 tahun.

McKee, yang berasal dari Wallasey, Wirral di England ditahan di Thailand sebelum diekstradisi untuk dibicarakan di Liverpool.

Dia dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh mahkamah bandar itu.

Polis memulakan siasatan pada 2017 apabila mangsa tampil ke hadapan buat petama kali.

Penyiasat Konstable, Graeme Beacall berkata, kesalahan yang dilakukan McKee benar-benar mengerikan dan memakan masa bertahun-tahun dengan jumlah mangsa ramai.

McKee mengaku tidak bersalah ketika dibicarakan di mahkamah.

“Apabila pertuduhan terhadapnya telah diberi kuasa oleh pihak pendakwaan, proses ekstradisi dimulakan.

"McKee ditahan Polis Diraja Thailand pada September 2022 dan menghabiskan tempoh tahanan reman di Bangkok sebelum dikembalikan ke United Kingdom,” katanya.

Dia memberitahu, McKee kemudian memilih untuk memanjangkan penderitaan mangsa dengan mengaku tidak bersalah dan menyebabkan perbicaraan berlarutan.

"Saya berharap sabitan dan hukuman McKee akan diselesaikan segera bagi membolehkan mangsa meneruskan kehidupan mereka,” katanya. - BBC

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain