suria

Perompak jatuh cinta selepas lihat wajah ‘mangsanya’ dalam telefon bimbit, kini jadi pasangan kekasih

Pasangan ini mengimbas detik perkenalan mereka ketika ditemu bual seorang wartawan.

CINTA itu buta.

Begitulah juga dengan kisah percintaan sepasang kekasih dari Brazil ini yang bermula selepas insiden rompakan.

Dalam satu video yang tular di laman Twitter, pasangan berkenaan mengimbas kembali detik-detik perkenalan mereka ketika ditemu bual oleh seorang wartawan.

"Saya sedang melalui sebatang jalan apabila dirompak secara tiba-tiba," kata Emanuela dalam temu bual tersebut.

Tambah Emanuela, perompak berkenaan terlihat gambarnya dalam telefon bimbit dan terus jatuh hati.

Sementara itu teman lelaki Emanuela berkata, hatinya berubah secara tiba-tiba ketika mencuri telefon bimbit wanita tersebut selepas melihat gambarnya.

"Apabila saya melihat gambarnya pada telefon bimbit, saya berkata kepada diri saya bahawa 'dia gadis berambut coklat yang sangat cantik'.

"Saya menyesal telah merompaknya," ujar lelaki tersebut.

Sejak insiden tersebut, mereka menjalin hubungan percintaan dan kini sudah bersama selama dua tahun. -Indiatimes

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain