SEORANG pemuda maut dipatuk ular tedung peliharaannya ketika sedang menjinakkan reptilia tersebut. Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu, pemuda bernama Abdul Munir, 20, dari Jawa Tengah, Indonesia, sedang beraksi 'menundukkan' ular peliharaannya bersama seorang lagi rakan di hadapan warga tempatan di kawasan Sendang Coyo. Namun tidak semena-mena, ular tedung itu tiba-tiba menggigit hidung Abdul Munir ketika dia sedang melakukan pertunjukan. Menerusi video yang dirakam orang awam, Abdul Munir dilihat cuba menarik reptilia tersebut daripada hidungnya. Difahamkan, tidak lama kemudian persembahan itu pun tamat. Namun, Abdul Munir dikatakan berjalan dalam keadaan terhuyung hayang sebelum jatuh pengsan. "Mangsa segera dikejarkan ke klinik terdekat," kata pegawai polis, Ipda Teddy Hernomo. Bagaimanapun pemuda itu menghembuskan nafas terakhir di klinik tersebut. -Tribunnews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube