suria

Wanita nekad ‘resign’ selepas 3 hari kerja di syarikat baharu, dimarahi bos sebab pergi tandas lebih 10 minit

Persekitaran yang toksik lazimnya menjadi antara sebab seseorang berhenti kerja. -Gambar hiasan Freepik

BUKAN mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat kerja baharu.

Tidak hanya perlu membiasakan diri dengan tugasan, malah lingkungan rakan sekerja serta suasana juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam situasi ini.

Seorang wanita membuat perkongsian di laman Reddit baru-baru ini, menceritakan pengalamannya yang hanya sempat bekerja selama tiga hari di sebuah syarikat sebelum mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

"Saya mula bekerja di sebuah syarikat pada hari Isnin dan pada hari Rabu, bos memanggil saya untuk 'menyerang', menyebabkan saya berhenti," kongsinya.

Menurut wanita tersebut, ketika dipanggil, dia dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja, menghabiskan lebih 10 minit di tandas dan didakwa tidak berterus terang mengenai status kesihatan mentalnya semasa temu duga.

"Dia (bos) kemudian memberitahu akan membuat keputusan pada esok hari sama ada saya boleh terus bekerja atau tidak.

"Saya memberitahunya, saya tidak perlukan sehingga esok. Saya meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta," kongsinya lagi.

Wanita tersebut malah berkata, dia berasa lega kerana membuat keputusan yang tepat iaitu berlalu pergi daripada persekitaran kerja yang toksik.

Bagaimanapun, perkongsiannya mengundang reaksi yang bercampur daripada netizen.

Ada yang bersetuju dengan tindakannnya, namun ada yang menganggapnya sebagai pekerja yang bermasalah. -India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain