SEORANG pempengaruh vegan dari Rusia, Zhanna Samsonova yang mengamalkan diet esktrem termasuk dengan hanya memakan buah-buahan eksotik di Malaysia, dilaporkan didakwa meninggal dunia akibat 'kebuluran'. Perkara itu dimaklumkan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Dilaporkan, wanita berusia 39 tahun itu sering menunjukkan dirinya menikmati makanan mentah kepada jutaan pengikutnya di media sosial, dilaporkan meninggal dunia selepas akhirnya mendapat rawatan perubatan semasa kunjungannya ke Asia Tenggara. Bercakap kepada Newsflash, rakannya memberitahu berapa bulan sebelum kematiannya, Samsonova kelihatan letih dengan bengkak di bahagian kakinya ketika berada di Sri Lanka. “Dia dihantar pulang untuk mendapatkan rawatan tetapi melarikan diri lagi. Apabila saya jumpa dia di Phuket, saya rasa takut. "Saya nasihatkan supaya dia mendapatkan rawatan tetapi dia degil," katanya. Lebih dikenali sebagai Zhanna D’art, Samsonova mempunyai jutaan pengikut di media sosial. -Gambar Newsflash Samsonova atau lebih dikenali sebagai Zhanna D’art meninggal dunia pada 21 Julal lalu, namun punca kematian secara rasminya belum diketahui. Sementara itu, seorang rakan mendakwa sejak tujuh tahun lalu, Samsonova hanya makan nangka dan durian serta beberapa makanan lain. Ibu Samsonova mengaitkan kematian anak perempuannya akibat jangkitan seperti kolera. Samsonova menggunakan media sosial untuk menyebarkan tentang diet makanan mentahnya: “Saya makan makanan yang ringkas, walaupun saya mempunyai banyak pengalaman sebagai tukang masak makanan mentah. “Saya suka mencipta resipi saya sendiri dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk makan dengan lebih sihat.” Namun, rakan-rakannya percaya 'pilihan' diet pemakanannya kemungkinan menjadi punca kepada kematiannya. - New York Post Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube