suria

Pihak berkuasa jalankan siasatan selepas Elon Musk letak huruf "X" gergasi atas bangunan Twitter

Elon mengumumkan nama baharu Twitter yang kini dikenali sebagai X. -JOEL SAGET/ AFP

TINDAKAN Elon Musk memasang huruf "X" gergasi di ibu pejabat Twitter yang terletak di San Fransisco ternyata mengundang perhatian ramai.

Menurut Associated Press, syarikat teknologi milik Elon Musk itu gagal memohon sebarang permit untuk kerja-kerja berkenaan.

Malah, pihak berkuasa bandar itu juga sedang menyiasat kerja-kerja pemasangan logo gergasi tersebut yang didakwa tidak mempunyai permit keselamatan, lapor USA Today.

Isnin lalu, polis San Fransisco turut menghentikan pekerja yang sedang menanggalkan logo burung daripada bangunan itu kerana risiko keselamatan yang gagal dipenuhi.

Pertukaran logo pada bangunan itu berlaku selepas Elon membuat penjenamaan semula ke atas laman sosial Twitter yang kini dikenali sebagai X.

Elon turut berkongsi video, memaparkan wajah baharu ibu pejabat syarikat itu menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain