suria

Tak perlu ke Thailand... Pelanggan serbu restoran viral untuk lihat pelayan lelaki seksi, suap mulut ke mulut sambil menari buka baju!

Pelayan di restoran itu menjadi bualan ramai kerana sering melakukan aksi provokatif.

SEBUAH restoran di China menjadi perbualan netizen kerana menggunakan khidmat pelayan lelaki yang berpakaian seksi untuk menarik pelanggan.

Restoran yang dibuka di Xishuangbanna, wilayah Yunnan itu mula tular selepas tersebarnya video memaparkan pelayan lelaki melakukan aksi tidak senonoh bersama pelanggan wanita.

Mempunyai badan yang sasa, pelayan-pelayan tinggi lampai itu dilihat membuka baju sambil melakukan tarian profokatif dan menjilat batang besi di hadapan pelanggan.

Selain itu, para pelayan yang 'macho' juga akan menyuap pelanggan secara mulut ke mulut dan turut menawarkan urutan badan ketika melayani mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan di Thailand, rupanya Sri Petaling je... Kedai roti tiba-tiba viral, makin ramai nak serbu jamu mata

"Tak perlu ke Thailand, andai boleh rasai pengalaman bersama bersama pelayan restoran di Xishuangbanna," ujar kapsyen video tular itu.

Restoran itu dikatakan mengetengahkan konsep Thailand di premis mereka sebagai salah satu cara menarik kehadiran pelanggan.

Untuk rekod, sebuah restoran di Bangkok, Thailand pernah tular gara-gara menawarkan khidmat layanan lelaki seksi untuk pelanggannya. - SCMP.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain