suria

Tipu pengawal untuk ambil gambar di tingkat paling tinggi, jurugambar maut tergelincir ketika tunggu bantuan

Lucidi maut selepas tergelincir dari tingkat 68.

JURUGAMBAR terkenal Perancis, Remi Lucidi, maut selepas terjatuh dari tingkat 68 sebuah bangunan.

Lucidi, 30, sedang memanjat kompleks Menara Trengunter di Hong Kong sebelum dia tergelincir dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lucidi pada awalnya memasuki bangunan itu dengan alasan untuk melawat rakannya yang menetap di tingkat 40.

Pengawal keselamatan menyedari helahnya itu ketika dia berada di tingkat 49, namun gagal untuk menahannya.

Lucidi dipercayai terperangkap di luar unit paling tinggi (penthouse) di kompleks Menara Trengunter sebelum tragedi berlaku kira-kira jam 7.30 petang.

Dia panik dan sempat mengetuk tingkap, mengejutkan seorang individu di unit tersebut yang kemudian terus menghubungi polis.

Mangsa bagaimanapun tergelincir jatuh sebelum sempat dibantu.

Untuk rekod, Lucidi terkenal dengan aksi beraninya memanjat bangunan tinggi demi mendapatkan hasil fotografi luar biasa. - Daily UK.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain